Tuesday 21 February 2012

18hb Februari, 2012.

AJK KRT TAMAN SAUJANA UTAMA TERLIBAT KEMALANGAN MOTOSIKAL.

Seorang AJK KRT Taman Saujana Utama, En Arshad bin Achil telah terlibat dalam satu kemalangan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah motosikal yang lain di jalan persiaran saujana 4 dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat khas KRT Taman Saujana Utama yang diadakan di dewan Rose Apartment. Kejadian berlaku lebih kurang jam 9.25 malam. Beliau mendapat kecederaan pada kepala kaki dan badan dan telah dihantar ke klinik berhampiran.



Beliau telah mendapat kunjungan dari Pengerusi KRT Taman Saujana Utama; En Mohd Khalil , Timbalan Pengerusi; En Zamri Hassan, Setiausaha; En Mohd Rizal dan Seorang AJK; En Nik Azran.